CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
468K subscribers
27.9K photos
309 videos
240 files
2K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍.

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.

#metmalaysia
#PeralihanMonsun
#NRECC
#MalaysiaMADANI
☀️Cuaca panas boleh memberi kesan negatif pada tubuh apabila terdedah terlalu lama kepada suhu persekitaran yang tinggi.
💡Oleh itu, amalkan tips kekal sihat semasa cuaca panas untuk mengelakkan dari terkena strok haba.
☀️Lindungi kulit anda daripada sinaran UV matahari dengan menggunakan produk pelindung sinaran matahari.
Pastikan produk pelindung sinaran matahari bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Berkaitan Kejadian Keracunan Kupang di Port Dickson.
🚙 Musim perayaan dan cuti sekolah menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi. 🦟

KKM ingin mengingatkan agar anda membersihkan kawasan persekitaran rumah 🏡 anda sebelum pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. 🎆

Persekitaran rumah yang 🏡 bersih dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.🦟

🚙 Apabila pulang dari kampung, adalah digalakkan untuk menyembur aerosol di dalam rumah terlebih dahulu.

‼️ Orang ramai boleh mendapatkan informasi penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots melalui laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my).

𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗲𝗱𝗲𝘀, 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶, 𝗰𝗵𝗶𝗸𝘂𝗻𝗴𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘇𝗶𝗸𝗮
⚠️ AWAS ‼️
Waspada tanda-tanda PSP‼️
SEGERA KE FASILITI KESIHATAN BERHAMPIRAN ANDA SEKIRANYA MENGHADAPI TANDA-TANDA PSP‼️
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
SIARAN MEDIA : DOF SAHKAN KUPANG DICEMARI BIOTOKSIN

Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
5 April 2024
🔸Terdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu (Padang Terap) Kedah, (Hulu Perak) Perak, (Jeli dan Gua Musang) Kelantan dan (Jerantut, Raub, Temerloh dan Bera) Pahang.
Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
🔸Terdapat 27 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Baling, Kota Setar, Kulim, Kuala Muda, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik dan Bandar Baharu) Kedah, (Timur Laut dan Seberang Perai Tengah) Pulau Pinang, (Kinta, Kampar dan Kuala Kangsar) Perak, (Tampin dan Jelebu) Negeri Sembilan, (Maran, Lipis, Pekan, Rompin dan Bentong) Pahang, (Pasir Puteh dan Kuala Krai) Kelantan dan (Besut dan Dungun) Terengganu.
🔸Terdapat 2 kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Mukah dan Limbang.
🔸Terdapat 3 kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Tenom.

Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Sempena musim perayaan ini, semua orang sibuk membuat persiapan 🍪🧁bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi jangan lupa untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah 🏡 anda agar dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes 🦟 yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.

𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙚𝙙𝙚𝙨, 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙜𝙞, 𝙘𝙝𝙞𝙠𝙪𝙣𝙜𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙯𝙞𝙠𝙖.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada semua petugas kesihatan di negara ini!

Teruskan kebersamaan dan kesejahteraan dalam mengekalkan kesihatan diri di bulan yang mulia ini. Jaga kesihatan, kekalkan kebersihan dan rayakan kemenangan ini bersama-sama insan tersayang.

𝘚𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘔𝘢𝘢𝘧 𝘡𝘢𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘵𝘪𝘯.
Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri 🌙, pastikan anda mengamalkan etika batuk dan bersin yang selamat jika anda mengalami batuk dan bersin.

Etika ini adalah cara selamat untuk menguruskan gejala 😷 dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

‼️Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
Ramalan cuaca Malaysian Meteorological Department bagi seluruh negara pada 15 April 2024 – 17 April 2024.

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Cuaca panas ☀️ sedang melanda di beberapa kawasan di Malaysia
⚠️ Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.
The Best Dell Monitor for Your Needs