CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
468K subscribers
27.9K photos
309 videos
240 files
2K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐’๐“๐€๐“๐”๐’ ๐‚๐”๐€๐‚๐€ ๐๐€๐๐€๐’
5 April 2024
๐Ÿ”ธTerdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu (Padang Terap) Kedah, (Hulu Perak) Perak, (Jeli dan Gua Musang) Kelantan dan (Jerantut, Raub, Temerloh dan Bera) Pahang.
Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
๐Ÿ”ธTerdapat 27 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Baling, Kota Setar, Kulim, Kuala Muda, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik dan Bandar Baharu) Kedah, (Timur Laut dan Seberang Perai Tengah) Pulau Pinang, (Kinta, Kampar dan Kuala Kangsar) Perak, (Tampin dan Jelebu) Negeri Sembilan, (Maran, Lipis, Pekan, Rompin dan Bentong) Pahang, (Pasir Puteh dan Kuala Krai) Kelantan dan (Besut dan Dungun) Terengganu.
๐Ÿ”ธTerdapat 2 kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Mukah dan Limbang.
๐Ÿ”ธTerdapat 3 kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Tenom.

Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Sempena musim perayaan โœจ ini, semua orang sibuk membuat persiapan ๐Ÿช๐Ÿงbagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi jangan lupa untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah ๐Ÿก anda agar dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes ๐ŸฆŸ yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.

๐™๐™ž๐™–๐™™๐™– ๐˜ผ๐™š๐™™๐™š๐™จ, ๐™ฉ๐™ž๐™–๐™™๐™– ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž, ๐™˜๐™๐™ž๐™ ๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ฏ๐™ž๐™ ๐™–.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada semua petugas kesihatan di negara ini!

Teruskan kebersamaan dan kesejahteraan dalam mengekalkan kesihatan diri di bulan yang mulia ini. Jaga kesihatan, kekalkan kebersihan dan rayakan kemenangan ini bersama-sama insan tersayang.

๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜”๐˜ข๐˜ข๐˜ง ๐˜ก๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ.
Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri โœจ๐ŸŒ™, pastikan anda mengamalkan etika batuk dan bersin yang selamat jika anda mengalami batuk dan bersin.

Etika ini adalah cara selamat untuk menguruskan gejala ๐Ÿ˜ท dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

โ€ผ๏ธJusteru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
Ramalan cuaca Malaysian Meteorological Department bagi seluruh negara pada 15 April 2024 โ€“ 17 April 2024.

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Cuaca panas โ˜€๏ธ sedang melanda di beberapa kawasan di Malaysiaโ—
โš ๏ธ Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.
๐ŸŒ‹๐ŸŒ‹๐ŸŒ‹ ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€

๐Š๐„๐’๐€๐ ๐‹๐„๐“๐”๐’๐€๐ ๐†๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐‘๐€๐๐ˆ ๐‘๐”๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐Ž๐๐„๐’๐ˆ๐€ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐‘๐”๐€๐๐† ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara berketinggian 725m dari paras laut telah meletus pada 9.45 pagi, 16 April 2024 dan menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak. Ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. Walau bagaimanapun setakat ini, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).

Maklumat lanjut, boleh didapati www.met.gov.my

#metmalaysia
#NRES
#GunungBerapiRuang
Pendedahan kepada cuaca panas โ˜€๏ธ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak ๐Ÿ’ง tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
โš ๏ธ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba.
โ€ผ๏ธSila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.
๐“๐€๐‡๐”๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐…๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐?
Fasa peralihan monsun adalah tempoh peralihan antara Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. ๐Ÿ‘๏ธ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

โš ๏ธ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes ๐ŸฆŸ yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain (nyamuk infektif). Demam denggi๐ŸŒก๏ธboleh mengakibatkan kematian.
โš ๏ธ Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi. Ambil tindakan pencegahan proaktif ๐Ÿ‘๐Ÿผ bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
๐˜ผ๐™ข๐™—๐™ž๐™ก ๐™ฅ๐™š๐™™๐™ช๐™ก๐™ž, ๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ข๐™ช๐™  ๐˜ผ๐™š๐™™๐™š๐™จ ๐™ฉ๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ก ๐™ข๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–
Tarikh 1 Mei amat sinonim dan bermakna bagi semua warga pekerja di Malaysia kerana ia merupakan tarikh sambutan Hari Pekerja. Sambutan ini adalah bagi menghargai jasa dan sumbangan semua pekerja di Malaysia yang menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga KKM. Semoga anda terus komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi ๐Ÿ’ง yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal ๐Ÿƒ๐Ÿผโ€โ™‚๏ธ lasak dan lain-lain aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas โ˜€๏ธ sekarang.

โ€ผ๏ธOrang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan).
Malaysia sedang mengalami cuaca panas โ˜€๏ธ di beberapa kawasan termasuk Sabah dan Sarawak. Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.

โš ๏ธ Orang ramai disarankan untuk mengikuti langkah-langkah melindungi diri dari kesan cuaca panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria ๐Ÿฆ  yang bernama โ€˜Mycobacterium tuberculosisโ€™. Ia juga dikenali sebagai batuk kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk ๐Ÿ˜ท.

โš ๏ธ Di Malaysia seramai 26,781 orang dikesan menghidapi TB pada tahun 2023 dan mencatatkan 2,623 kematian pada tahun yang sama. Penyakit TB ini merbahaya jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dengan segera.

Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit TBโ“ Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan penyakit ini di mana-mana fasiliti kesihatan.
๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ข๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”: ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—”๐—ก ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐ ๐๐€๐‘๐€๐“ ๐ƒ๐€๐˜๐€

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024. Sepanjang tempoh ini, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal. Oleh itu, elakkan pembakaran terbuka dan gunakan air secara berhemah.

#MonsunBaratDaya
#caknacuaca
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
The Art of Instagram Captions: Writing Engaging and Authentic Descriptions