CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
471K subscribers
27.9K photos
309 videos
240 files
2K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 1,290 kes (346,295 kes kumulatif, 95.2%);
• Kes baharu : 1,767 kes (363,940 kes kumulatif);
• Kes import : 9 kes (2 warganegara, 7 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 1,758 kes [1,508 warganegara (85.8%); 250 bukan warganegara (14.2%)];
• Kes aktif : 16,300 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 199 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 82 kes; dan
• Kes kematian : 12 kes (1,345 kes kumulatif, 0.37%; 12 warganegara).

Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes (34.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 319 kes (52.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 483 kes (27.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 133 kes (7.5 peratus).

Sebanyak 21 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (7 kes), dan Kluster Telok Mas (3 kes).

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/04/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-april-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
How to Save Live Photo as Video