CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
466K subscribers
27.9K photos
309 videos
240 files
2.01K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Ketahui apakah yang menyebabkan radang tonsil dan rawatan yang boleh dilakukakan ke atas pesakit sebagai langkah pencegahan.
❗️Amalan mencuci tangan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

💦Tangan yang bersih boleh mengelakkan kuman daripada merebak daripada seseorang individu kepada individu yang lain dan dalam kalangan komuniti termasuk di dalam persekitaran rumah, tempat kerja dan sekolah.

Oleh itu, amalkan kebersihan tangan dengan kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan (hand sanitizer)
Jom amalkan "berjalan 10,000 langkah" setiap hari sebagai budaya hidup sihat anda disamping dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit.

Jangan bertangguh lagi!
Ayuh kita mulakan SEKARANG
Selamat menyambut Tahun Baharu Cina.
Bina kemesraan dengan saling berkunjungan tetapi elakkan diri daripada dijangkiti demam denggi.
Lindungi diri daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan produk penghalau nyamuk.
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan demam denggi.
Nampak sihat tidak semestinya anda sihat.
Lakukan saringan kesihatan, cegah awal, sihat sepanjang hayat.
#ANMS #sihatmilikku
Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa.

Ikuti saranan KKM untuk mencuci tangan dengan betul terutamanya pada musim perayaan ini bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dari tangan yang tercemar.
‘Microsleep’ boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan.
🥱Tersengguk-sengguk
🥱Mata terkebil-kebil
🥱Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
🥱Tatapan mata kosong
✔️Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.
Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.
Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.
Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.
Segera dapatkan rawatan sekiranya anda selesema, batuk, asma, sakit mata atau mendapat jangkitan paru-paru yang kronik.
Lakukan perkara-perkara ini untuk kekal sihat pada musim panas.
✔️ Minum air kosong secukupnya
✔️ Kurangkan aktiviti di luar rumah
✔️ Kurangkan pengambilan minuman berkafein, alkohol dan bergula.
✔️ Gunakan pendingin hawa atau kipas untuk sejukkan badan
✔️ Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang
✔️ Pakai topi atau payung untuk melindungi diri dari pancaran haba matahari
Kanser hati seringkali tidak menunjukkan gejala atau tanda- tanda awal namun, terdapat simptom yang boleh dikaitkan dengan kanser jenis ini antaranya, rasa sakit dan ada ketulan pada di bahagian kanan perut, loya dan muntah-muntah serta keletihan dan hilang berat badan.
Statistik menunjukkan, terdapat kira-kira 48,639 penghidap kanser baharu dan 29,530 kematian akibat kanser dilaporkan pada tahun 2020.
Manakala data Registri Kanser Malaysia melaporkan sejumlah 168,822 kes kanser baru bagi tempoh 5 tahun bermula tahun 2017 hingga tahun 2021. Kanser payudara, diikuti kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merupakan lima (5) kanser dengan insiden tertinggi dilaporkan bagi tempoh yang sama.
Panduan bagi Pesakit Diabetes Semasa Cuaca Panas.
👉 Minum air secukupnya
👉 Elak minum minuman bergula, beralkohol dan berkafein
👉 Lakukan ujian gula dalam darah lebih kerap
👉 Jangan simpan ubat diabetes di bawah sinar matahari atau di dalam kereta panas
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.
Cuaca panas boleh memberi kesan negatif pada tubuh apabila terdedah terlalu lama kepada suhu persekitaran yang tinggi.
Oleh itu, amalkan tip kekal sihat semasa cuaca panas untuk mengelakkan dari terkena strok haba
⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.
🔎 Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.
Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐉𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐦𝐩𝐚: 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮?
Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan orang yang hidup bersama penyakit jarang jumpa dan keluarga mereka.
Malaysia mendefinasikan penyakit jarang jumpa di mana mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan yang kronik.
Kami kongsikan 5 fakta mengenai penyakit jarang jumpa. Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai penyakit jarang jumpa ini.
🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi . Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.
Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
🎇🌇Seseorang yang melakukan aktiviti fizikal berpotensi untuk mengalami kehilangan cecair badan melalui proses perpeluhan.
Selain itu, melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan akan mendedahkan seseorang kepada pancaran matahari dan meningkatkan risiko strok haba.
Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak-anak semasa musim panas. Jangan biarkan anak-anak bermain di bawah panas terik untuk mengurangkan risiko kehilangan air bagi mengelakkan dehidrasi.
How to Record Hands-Free on Snapchat