CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
467K subscribers
27.9K photos
309 videos
240 files
2K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Walaupun anda telah divaksin, sentiasa amalkan norma baharu dan patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
Kanak-kanak perlu dilindungi daripada COVID-19.

Jangan berlengah lagi.

Daftar sekarang dan hadir janji temu vaksin anda.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Berikut merupakan Panduan menggunakan COVID-19 Rapid Antigen Test - Saliva Home Kit.

Sekiranya keputusan ujian anda menunjukkan positif, segera berjumpa dengan petugas kesihatan. Ujian PCR mungkin diperlukan untuk mengesahkan keputusan anda. Petugas kesihatan akan menentukan cara terbaik untuk merawat anda berdasarkan keputusan ujian, sejarah perubatan dan gejala.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
Siapa yang perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)?

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
Imbas kod QR yang tertera bagi mereka yang memerlukan sokongan emosi dan kesihatan mental atau bantuan keperluan asas dan bantuan sosial semasa pandemik.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
Banyak sektor sosial dan ekonomi telah dibuka bermula hari ini sebagai kemudahan tambahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap namun jangan leka dan alpa.

Vaksin tidak menjadikan kita kebal!

Terus patuhi SOP dan amalkan norma baharu.

Bersama putuskan rantaian COVID-19

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pesakit COVID-19 boleh memantau kadar degupan jantung dan paras oksigen dalam darah dengan menggunakan pulse oximeter.

Pemantauan dan catatan dalam buku harian dapat membantu doktor memberikan rawatan terbaik kepada anda berdasarkan catatan tersebut.

Paras oksigen normal : 95% dan ke atas
Kadar degupan jantung normal : 50 - 90 seminit

Jom tonton video ini untuk mengetahui cara-cara menggunakan pulse oximeter.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
Pesakit COVID-19 yang menjalani pemantauan kendiri di rumah, dapatkan nasihat dan rawatan dengan segera sekiranya mengalami gejala seperti kelesuan yang bertambah teruk, batuk yang berpanjangan dan demam yang berpanjangan.

Jika kecemasan, hubungi 999 atau segera ke CAC / Hospital berdekatan.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Mendepani COVID-19 : Hidup Bersama Virus

https://www.facebook.com/170501559668050/posts/4695437437174417/

Klik link di atas untuk baca e-Majalah edisi September 2021.

Antara kandungan menarik adalah seperti

➡️ Salah faham Penggunaan Ivermectin
➡️ Penularan Variant of Concern (VOC)
➡️ Ketahui risiko dan langkah pencegahan COVID-19 bagi ibu hamil

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Maklumat vaksin COVID-19 Comirnaty (Pfizer-Biontech) bagi kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Ambil maklum status MySejahtera anda sebelum hadir ke mana-mana premis.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Anda telah mendapat 2 dos vaksinasi COVID-19 tetapi masih tidak mendapat sijil vaksinasi di dalam MySejahtera?

Tonton video ini untuk langkah yang perlu dilakukan.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Cara memohon kuarantin di rumah.

1️⃣ Layari eCOVID19 HQA (https://ecovid19.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index)
2️⃣ Isi maklumat pemohon
3️⃣ Masukkan semua maklumat pengembara
4️⃣ Muat naik semua dokumen untuk kelulusan

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Ivermectin ialah sejenis ubat antiparasit spektrum luas yang digunakan untuk merawat jangkitan parasit tropikal.

Sehingga kini, rawatan yang spesifik dan efektif bagi jangkitan COVID-19 masih belum dikenal pasti.

Walau bagaimanapun, KKM telah memberi kelulusan khas penggunaan ivermectin secara off-label untuk digunakan dalam kajian klinikal bagi merawat pesakit COVID-19 untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan ubat tersebut.

Jangan terpedaya dengan individu yang menjual ivermectin sebagai rawatan atau pencegahan COVID-19.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4695437437174417

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

COVID-19 dan Ibu Hamil : Ketahui risiko dan langkah pencegahan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4695437437174417

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Pemberian vaksin COVID-19 bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

HANYA remaja yang mempunyai persetujuan bertulis ibu bapa / penjaga
Bawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri
Remaja perlu ditemani oleh salah seorang ibu bapa / penjaga semasa hari vaksinasi
Jenis vaksin ditetapkan oleh KKM
Pemberian vaksin adalah PERCUMA
Anak anda akan menerima dua dos vaksin COVID-19
Simpan kad vaksinasi dan bawa kad untuk terima dos kedua

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Adik-adik, walaupun anda sudah divaksinasi anda masih berisiko mendapat jangkitan COVID-19.

Terus patuhi SOP dan amalkan norma baharu.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Amalkan perlindungan berganda semasa berada di

➡️ Tempat awam
➡️ Pasar awam
➡️ Ketika menaiki kenderaan awam
➡️ Ketika bertugas di kawasan yang tertutup seperti pasar raya dan tempat kerja

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4695437437174417

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Samsung HW-B650: A Powerful Soundbar for an Immersive Audio Experience