CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
467K subscribers
27.9K photos
309 videos
240 files
2.01K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Menerusi penubuhan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), satu projek rintis melibatkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik di Klang telah dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.

Di bawah inisiatif ini, pesakit bergejala ringan dan bukan kes kecemasan akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik yang dilanjutkan waktu operasi. Projek rintis STAR ini telah menunjukkan keberkesanan dengan purata penurunan bulanan kedatangan pesakit ke zon hijau di HTAR dalam tempoh 3 bulan adalah sebanyak 30.6%.

Link berita:
https://fb.watch/k-KyiNeljR/?mibextid=Nif5oz


#DrZaliha #DrZ #KKM #MalaysiaMADANI
Hari ini, 7 Jun merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya keselamatan makanan.

Mengangkat tema "Food Standard Save Lives,"  sambutan pada tahun ini menunjukkan betapa pentingnya peranan standard makanan bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan serta pentingnya komitmen pihak yang menghasilkan atau mengendalikan makanan tersebut mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan.

Aplikasi standard dalam penghasilan makanan adalah amat penting bagi memastikan makanan yang sampai kepada pengguna adalah bebas daripada sebarang pencemaran baik dari segi pencemaran fizikal, biologi mahupun kimia; yakni SELAMAT.

Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan komited dalam memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan di negara ini.

Sentiasa ingat, KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

Ayuh, bersama-samalah kita berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan penghasilan makanan yang selamat bermula dari ladang hingga ke meja pengguna. Dan, sebagai pengguna, cakna dan celik dan sentiasa pastikan makanan yang diambil adalah selamat untuk dimakan.

Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023.

#DrZaliha #DrZ
#KKM #MalaysiaMADANI

Link berita:
https://fb.watch/k-KBB3DYI0/?mibextid=Nif5oz
TikTok Video Downloader: Download TikTok Videos without Watermark