CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
470K subscribers
27.9K photos
309 videos
240 files
2K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘งSepanjang musim perayaan dan percutian ini, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika pemanduan. Patuhi had laju dan tidak tergesa-gesa supaya emosi anda tidak mudah terganggu dengan sekeliling yang mungkin boleh menyebabkan anda hilang sabar.

๐Ÿš—Pastikan anda rancang perjalanan sebelum memulakan pemanduan dan berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat jika perlu .Semoga anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.

๐ŸŒ™Selamat Hari Raya Aidilfitri

#SihatSejahteraSyawal
#MalaysiaMADANI
Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal suhu secara normal mengakibatkan kenaikan suhu badan mendadak dan kegagalan berpeluh.

Kunjungi pusat rawatan kesihatan untuk pemeriksaan sekiranya anda mengalami simptom yang berkenaan. Jaga diri, jaga keluarga dan masyarakat.

#MalaysiaMadani #DRZ #KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
KKM sedang membuat semakan semula dan mengemaskini garis panduan COVID-19 dengan merujuk kepada kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik COVID-19.

#DrZ #KKM #MalaysiaMadani ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sumber: FB Dr Zaliha Mustafa
Bermula 15 Mei 2023, orang awam boleh membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di fasiliti kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) melalui aplikasi MySejahtera dan tidak perlu lagi beratur panjang menunggu giliran.

Kami komited untuk mengintegrasikan teknologi dengan perkhidmatan kesihatan sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025 KKM di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.

Semoga inisiatif ini dapat menjimatkan masa pesakit, mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan efisiensi sistem perkhidmatan kesihatan pergigian negara.
#DrZ #KKM #MalaysiaMADANI
Menerusi penubuhan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), satu projek rintis melibatkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik di Klang telah dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.

Di bawah inisiatif ini, pesakit bergejala ringan dan bukan kes kecemasan akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik yang dilanjutkan waktu operasi. Projek rintis STAR ini telah menunjukkan keberkesanan dengan purata penurunan bulanan kedatangan pesakit ke zon hijau di HTAR dalam tempoh 3 bulan adalah sebanyak 30.6%.

Link berita:
https://fb.watch/k-KyiNeljR/?mibextid=Nif5oz


#DrZaliha #DrZ #KKM #MalaysiaMADANI
Hari ini, 7 Jun merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya keselamatan makanan.

Mengangkat tema "Food Standard Save Lives,"  sambutan pada tahun ini menunjukkan betapa pentingnya peranan standard makanan bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan serta pentingnya komitmen pihak yang menghasilkan atau mengendalikan makanan tersebut mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan.

Aplikasi standard dalam penghasilan makanan adalah amat penting bagi memastikan makanan yang sampai kepada pengguna adalah bebas daripada sebarang pencemaran baik dari segi pencemaran fizikal, biologi mahupun kimia; yakni SELAMAT.

Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan komited dalam memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan di negara ini.

Sentiasa ingat, KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

Ayuh, bersama-samalah kita berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan penghasilan makanan yang selamat bermula dari ladang hingga ke meja pengguna. Dan, sebagai pengguna, cakna dan celik dan sentiasa pastikan makanan yang diambil adalah selamat untuk dimakan.

Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023.

#DrZaliha #DrZ
#KKM #MalaysiaMADANI

Link berita:
https://fb.watch/k-KBB3DYI0/?mibextid=Nif5oz
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk Bacaan Pertama pada 12 Jun nanti.

Untuk makluman, RUU ini telah diolah semula dengan beberapa pembaharuan setelah mengambil kira isu berbangkit semasa pembentangan sebelum ini serta syor daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dikekalkan.

Bagi merangka RUU yang lebih komprehensif, kira-kira 70 sesi libat urus telah diadakan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO), pakat perubatan, pemain industri, ibu bapa dan lain-lain.

Saya dengan rendah hati mengajak semua ahli Parlimen merentas identiti kepartian untuk sebulat suara menyokong RUU ini. Tanggungjawab membina generasi bebas rokok kini di tangan kita. Bersama kita lunaskan!

#nosmokingGEN
#GenerasiPenamat
#MalaysiaMADANI

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0nekGGoTkasUo5wY9GVWYJggLat91KJ6VHV2zqiyYikGzQbhZ4TVQbe6zEo8u2N2Ql&id=100087087773904&mibextid=qC1gEa
๐Ÿ“„Jom semak kelayakan dan klinik panel Skim Perubatan MADANI di:โ€‹
www.protecthealth.com.my/

Kesihatan Anda, Misi Kamiโ€‹๐Ÿ’ช

#SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI
๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€๐€๐ ๐…๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐.

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.

#metmalaysia
#PeralihanMonsun
#NRECC
#MalaysiaMADANI
Ramalan cuaca Malaysian Meteorological Department bagi seluruh negara pada 15 April 2024 โ€“ 17 April 2024.

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
๐“๐€๐‡๐”๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐…๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐?
Fasa peralihan monsun adalah tempoh peralihan antara Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
How to Easily Find YouTube Videos: A Comprehensive Guide