CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
467K subscribers
27.9K photos
309 videos
240 files
2.01K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk Bacaan Pertama pada 12 Jun nanti.

Untuk makluman, RUU ini telah diolah semula dengan beberapa pembaharuan setelah mengambil kira isu berbangkit semasa pembentangan sebelum ini serta syor daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dikekalkan.

Bagi merangka RUU yang lebih komprehensif, kira-kira 70 sesi libat urus telah diadakan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO), pakat perubatan, pemain industri, ibu bapa dan lain-lain.

Saya dengan rendah hati mengajak semua ahli Parlimen merentas identiti kepartian untuk sebulat suara menyokong RUU ini. Tanggungjawab membina generasi bebas rokok kini di tangan kita. Bersama kita lunaskan!

#nosmokingGEN
#GenerasiPenamat
#MalaysiaMADANI

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0nekGGoTkasUo5wY9GVWYJggLat91KJ6VHV2zqiyYikGzQbhZ4TVQbe6zEo8u2N2Ql&id=100087087773904&mibextid=qC1gEa
How to Watch Stories from Instagram